Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

                   PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH

Google

PANDUAN PENGURUSAN STOK 

BORANG-BORANG 

(a)        Daftar Harta Modal ( Kew 312, 312A)

b)         Daftar Inventori (Kew 313)

(c)        Daftar Stok Bekalan pejabat (Kew 314)

(d)        Daftar pergerakan harta Modal dan Iventori (Kew 315) 

DEFINASI HARTA MODAL 

-            BARANG-BARANG TAKLUAK YANG BERNILAI RM 500 ATAU LEBIH SETIAP UNIT.

(TIDAK TERMASUK PERABOT, PERMAIDANI DAN LANGSIR DSBNYA)

 kategori harta Modal 

- kenderaan (kereta, van, motorsikal dsbnya)

- Logi (logi pusat hawa dingin, logi pembersihan air dsbnya)

- Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat dsb.

 (Kamera, komputer, mesin taip dan sebagainya.) 

DEFINASI INVENTORI 

- BARANG-BARANG TAKLUAK YANG BERNILAI KURANG DARI RM500 SETIAP UNIT.

(TERMASUK PERABOT, PERMAIDANI DAN LANGSIR DSBNYA TANPA MENGAMBILKIRA KOS) 

Kategori Inventori 

- peralataan kelangkapan pejabat

(alat pengira, kipas angin dsbnya) 

- Perabot, permaidani dan langsir dsbnya.

(Kerusi, meja, kangsir dsbnya) 

DEFINASI BEKALAN PEJABATTERMASUK

- Semua barang luak (consumables)

(ball pen, kertas am dsbnya) 

- Alatulis serta kelengkapan pejabat takluak  (non- consumables) yang rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu.

(gunting, stapler dsbnya) 

Pelaksanaan Penggunaan Borang-borang Baru 

*  Bagi perolehan harta modal, inventori dan bekalan pejabat yang baru, tarikh penguatkuasaan ialah 1 hb mei 1991. 

*  Bagi harta modal, iventori dan bekalan pejabat yang sedia ada, maklumat mengenainya hendaklah dipindahkan daripada borang lama kepada borang  baru dengan  secepat mungkin tetapi tidak melebihi satu tahun dari 1 hb mei 1991. 

*  Borang lama hendaklah disimpan untuk tujuan audit. 

PESANAN BORANG  

- Kew 312, 312A & 313

(dalam bentuk kad)   

- kew, 314 & 315

dalam bentuk buku)    -    Jabatan Percetakan Negara. 

-  fail kulit keras

( 2 ring hard cover file)      Kontrak Pusat Pek. Kontrak 7/90

 NOTA KEGUNAAN BORANG-BORANG KEW 312, 312 A, 313, 314, 315

 PENJELASAN TERPERINCI BORANG-BORANG  

1.         DAFTAR HARTA MODAL ( KEW  312, 312 A)

1.1       Harta modal ialah barang-barang tak luak yang bernilai RM 500 atau lebih setiap satu pada masa perolehan tidak termasuk:

a.         Perabot,        b.  Permaidani      c.            Langsir 

1.2       Daftar harta modal mengandungi 2 bahagian : 

i.          Bahagian A

            - Merekodkan semua maklumat berhubung dengan pembelian, penempatan, pemeriksaan dan pelupusan.

ii.         Bahagian B.

            - Merekod semua penyelenggaran seperti pembaikian dan pembelian segala alat ganti. 

1.3       Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini. 

1.4.      Butiran maklumat di dalam daftar harta modal  dibahagi dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu: 

KEW 312 (BAHAGIAN A) 

a.         Kategori

            Harta modal dibahagikan kepada tiga kategori

            i. Kenderaan                   ii. Logi

            iii. Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat 

b.         Jenis

            Jenis harta modal didalam kategori ‘mesin’ peralatan dan kelengkapan pejabat             contohnya:

            i.  Kamera                        ii. Komputer

            iii. Mesin penyalin            iv. TV dan sebagainya 

c.         Jenama dan model

            contohnya “ Proton Saga 1.5I otomatik” 

d.         Jenis dan nombor enjin

            ( Jika ia ada kenderaan ) 

e.         No. Casis / siri pembuat

            Nombor casis bagi kenderaan atau nombor siri pembuat bagi peralatan pejabat. 

F.         No. Siri pendaftaran

            Contohnya seperti nombor siri pendaftaran kenderaan atau nombor siri rekod   pejabat ( SMBAS/TR/ ERT-0001/93 ) 

g.         Kos dan tarikh dibeli / terima

            Harga termasuk kos pengakutan / insuran ( jika ada ) dan lain-lain perbelanjaan berkaitan dengan pembelian tersebut. 

H.        No. Pesanan kerajaan

            Rujuk kepada pesanan kerajaan yang dikeluarkan untuk pembelian harta modal berkenaan , contoh ( g181570 ). Jika ia di perolehi melalui cara-cara lain, sila nyatakan contoh “ hadiah” ( Sumbangan wakil rakyat ), dsbnya. 

I.          Pembekal

            Nama pembekal ( Contoh: Guthrie Malaysia Trading Corporion Sdn. Bhd. ) 

j.          No. Rujukan fail

            Nombor rujukan fail yang mengandungi rekod-rekod pembelian harta modal ini. 

K.          Aksesori

            Senaraikan aksesori-aksoseri yang dilengkapkan bersama harta modal ini. 

L.           Tandatangan

            Tandatangan pegawai yang bertanggunjawab mengesahkan butiran diatas serta tarikh. 

M.         Penempatan

            Penampatan tetap dan tarikh penempatan harta modal berkenaan. Setiap pindahan  penempatan perlu direkodkan dan ditandatangani oleh pegawai bahagian pengguna.Sekiranya borang tersebut telah aktif maka penempatan hendakalah di rekod             diborang kew 315 ( dalam bentuk buku ). 

            Pindahan

            Sekiranya ia dipindahkan secara tetap dari pejabat ayng mengawalnya, kad dafta harta modal asal hendakalah didaftakan bersama-sama dengan harta modal berkenaan kepada pejabat yang menerimanya. Satu salinan kad dafta harta modal tersebut hendaklah disimpan dengan menulis perkataan “ Dipindahkan ....................( Ruj. : ........................) didalam fail yang berasingan dengan rekod harta modal yang dipindah. Selepas butiran itu diisi, pegawai yang bertanggunjawab perlu ditandatangani diruang yang disediakan serta tarikhnya. 

N.         Pemeriksaan harta modal

            Ketua jabatan hendaklah mengatur pemeriksaan keatas harta modal sebagaimana yang dikehendaki dalam TPS para 238, 239, dan 240 ( pegawai pemverifikasi stok dalaman ). 

O.          Pelupusan

            Pegawai berkenaan hendaklah mencatatkan tarikh, no. Fail dan tandatangan, bila sesuatu harta modal itu diluluskan untuk pelupusan oleh pembedaharaan atau pegawai dimana berkenaan. ( adalah menjadi tanggunjawad pegawai yang menjaga stok tersebut untuk melaporkan kepada pegawai atasanyan bagi tujuan hapuskira barang-barang yang telah rosak, usang dan sebagainya ( Format kew 300-v- diisi 5 salinan ) 

KEW 312 ( BAHAGIAN B ) 

a.         Tarikh servis/pembaikan 

b.         Butiran servis/pembaikan

            Keterangan lanjut mengenai apa yang dibaiki termasuk pembelian alat ganti. 

c.         No. Pesanan kerajaan / nombor inden 

d.         Tempatan pembelian / servis / pembaikian

            Nama syarikat dimana alat-alat ganti dibeli atau pembaikian dibuat. 

E.         Kos

            Kos alat ganti atau kos pembaikian atau kedua-duanya sekali

 f.         Tandatangan

            Pegawai yang bertanggunjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaran harta modal itu. 

KEW 312 A 

Borang ini merupakan sambungan kepada borang KEW 312 ( bahagian B )  

2.         DAFTAR INVENTORI ( KEW 313 ) 

            2.1 Inventori ialah barang-barang tak luak yang bernilai tak kurang daripada RM 500 setiap satu pada masa perolehan 

            2.2 Walau bagaimanapun barang-barang seperti :

            i.   Perabut              ii. Permaidani

            iii. Langsir              iv. Pinggan mangkuk

            termasuk dalam inventeri tanpa mengira kos 

            2.3 Kad ini disusun mengikut jenis inventori dan abjad.           

            2.4 Butiran didalam kad adalah seperti berikut:

            a. Kategeri

                Inventori dibahagikan kepada ketegori berikut:

             i.  Peralatan dan kelengkapan pejabat

            ii.  Perabot , permaidani dan langsirdan sebagainya 

            b. Jenis

                Jenis inventoridi dalam ketegori ‘ peralatan dan kelengkapan pejabat “ misalnya;

            i. Kerusi  ii. Meja            iii. Langsir    dan lain-lainnya 

            c. Bilangan

                Bilangan mengikut urutan biasa 

            d. Butiran

                Perihal inventori yang di perolehi misalnya :

            i.  Kerusi pengetua

            ii.  Meja kerani.

            Iii. Rak bertutup dan sebagainya.           

            E.  Kuantiti

                 Jumlah unit yang diperolehi.

            F.  No. Pesanan  kerajaan.

            G.  Tarikh dibeli

                  Tarikh iventori dibeli mengikut pesanan kerajaan.

            H.  Kos seunit - termasuk kos pengangkutan dan insuran.

            I.    No. Siri pendaftaran.

                  No. Siri pendaftaran seperti nombor siri rekod pejabat.

            J.    Lokasi

                  penempatan inventori tersebut.

            K.   Pelupusan

                  Nombor rujukan fail ada pelupusan itu diluluskan.

            L.         Catatan

                        Apa-apa perkara yang berkaitan.

            M.        Tandatangan

                        Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butiran yang dicatatkan itu.

 

3.            DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT (kew 314)

3.1  Bekalan pejabat ialah semua barang luak dan termasuk alat tulis serta kelengkapan  pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. 

3.2       Daftar ini  adalah dalam bentuk buku. 

3.3  a.  Jenis

jenis bekalan pejabat seperti  barangan  luak misalnya.

            I.   Ball pen  ii.  Kertas am  iii,  gam

jenis bekalan pejabat seperti barangan tak luak . 

i.  Gunting  ii.  Stapler     iii.  Bulu tangkis (contoh di sekolah) 

b.  Unit pengukuran

Dikira dalam bentuk batang, kotak rim dan sebagainya. 

C.  Bil.

Bilangan mengikut urutan biasa. 

D.  No. Pesanan

e.   Diterima daripada/dikeluarkan kepada nama pembekal atau pegawai yang menerima. 

F.  Tarikh

        Tarikh bekalan diterima atau dikeluarkan.

G.     Kuantiti terimaan.

h..     Kuantiti keluaran

i.       Baki bil, unit yang ada

j.       Penerima, nama dan tanadatangan pegawai menerima bekalan. 

3.4      Bagi merekod baki stok dari buku lama hendaklah dicatat seperti berikut: 

jenis:   pen - Ball pen   unit:  batang 

1.  Baki dari Buku Daftar/Stok          Tarikh      Baki

(Alat Tulis (Am 84 pin. 10/66)          1.5.91      170 

4.            DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL INVENTORI (kew 315) 

4.1  Daftar pergerakan harta modal dan iventori bertujuan untuk merekodkan pergerakan sebarang harta modal atau invontori seperti:

i.         Pindahan    ii,  pinjaman  iii.  Penempatan sementara. 

4.2.      Ia adalah dalam bentuk buku.

 

4.3.      a.       Jenis

jenis harta model atau inventori misalnya “TV” 

b.         Jenama dan model

            model harta modal/inventori misalnya “canon TY 700”

c.         No. Siri Pembuat

            no. Siri pembuat harta  modal/inventori berkenaan.

D.        No. Siri pendaftaran

            Nombor siri pendaftaran seperti nombor siri rekod pejabat.

E.         Bil

            Bilangan mengikut urutan biasa.

F.         Nama peminjam

g.         Tarikh dikeluarkan

            Tarikh sebenar harta modal/inventori dikeluarkan atau dipindahkan dari penempatan.

H.        Tarikh jangka dipulangkan

tarikh harta modal/inventori berkenaan dijangka dipulangkan.

I.          Tandatangan peminjam.

J.          Pegawai mengeluar

pegawai bertanggungjawab mengawasi harta modal/inventori pejabat atau seorang pegawai lain yang ditugaskan hendaklah menandatangani ketika harta/inventori dikeluarkan dan dipulangkan serta tarikhnya.

***********************

Index

Ditaip semula berdasarkan nota Pengurusan Stok

oleh Jasmani Mohd Nasir dan Noorlaila Zakaria

Pembantu Makmal SMK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

 

Edi