Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.
SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah Al-Baqarah ayat 222)
Pada
Bahasa: Membersihkan diri atau sesuatu daripada
sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis
seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi
tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.
Erti
pada Syarak: Menghilangkan halangan beribadat
kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda
disebabkan terkena najis.
Iman Al-Ghazali
menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat
tingkat iaitu:
1.
Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan
kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.
2.
Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa.
3.
Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci
dan terkutuk.
4.
Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa
Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga
pada Siddiqin.
Taharah yang
bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat.
Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan
membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu
dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas,
yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa
mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.
Taharah yang
bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas .
membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi
menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.
Anda adalah
Pengunjung laman kami yang ke

Hubungi
Kami